* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

HEBAHAN

PEMULANGAN BUKU TEKS DAN KUNCI LOKAR KELAS TAHUN 2021 SERTA PENYERAHAN BUKU TEKS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KEPADA MURID TINGKATAN 1, 2, 3, DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022/2023

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan urusan pemulangan buku teks dan kunci lokar tahun 2021 serta penyerahan buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 kepada murid-murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4.

PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA, HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2022 DAN CUTI PERISTIWA

Dimaklumkan bahawa cuti umum bagi sambutan Tahun Baharu Cina tahun 2022 ialah pada 1 dan 2 Februari 2022 dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2022. Manakala tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pada 31 Januari dan 3 Februari 2022. Sukacita dimaklumkan juga bahawa pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah meluluskan permohonan cuti peristiwa pada 4 Februari 2022.

PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa YB. Menteri Wilayah Persekutuan melalui kenyataan media pada 1 Disember 2021 telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

Sehubungan dengan itu, sekolah akan bercuti pada 3 Disember 2021 (Jumaat) sempena Hari Kelepasan Am Tambahan. Sekolah akan dibuka semula pada 6 Disember 2021 (Isnin). Semua murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 akan hadir secara penggiliran dan melaksanakan PdPR secara kendiri. Manakala semua murid Tingkatan 5 hadir sepenuhnya tanpa penggiliran.

PEMAKLUMAN KEHADIRAN MURID TINGKATAN 5 TANPA PENGGILIRAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media bertarikh 29 Oktober 2021 mengumumkan institusi pendidikan bawah KPM yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih bagi murid kelas peperiksaan awam dan antarabangsa dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran mulai 8 November 2021. Keputusan ini dibuat hasil perbincangan bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan murid kelas peperiksaan. Sehubungan dengan itu, semua murid Tingkatan 5 SMK Tiara Permai akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 8 November 2021. Jadual penggiliran yang dikeluarkan melalui surat SMKTP.600-2/1/2 (16) bertarikh 11 Oktober 2021 adalah terbatal.

PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI DEEPAVALI TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa cuti umum bagi sambutan Hari Deepavali tahun 2021 ialah pada 4 November 2021 (Khamis). Manakala tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sambutan Hari Deepavali ialah dua (2) hari iaitu pada 3 dan 5 November 2021. Sehubungan dengan itu, sekolah akan bercuti pada 3, 4, dan 5 November 2021 (Rabu, Khamis dan Jumaat) sempena Hari Deepavali. Sekolah akan dibuka semula pada 8 November 2021 (Isnin). Semua murid Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 akan hadir secara penggiliran serta melaksanakan PdPR secara kendiri.

ARAHAN HADIR BERTUGAS SUSULAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DALAM FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan bawah KPM akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes