Seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan bahawa bermula 1 Oktober 2021, negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beralih ke Fasa 3 PPN. Oleh itu, pengoperasian institusi
pendidikan di WP Kuala Lumpur mengikut ketetapan Fasa 3 PPN akan bermula pada 18 Oktober 2021.
Sehubungan dengan itu, semua murid Tingkatan 5 SMK Tiara Permai akan hadir
ke sekolah secara penggiliran mulai 18 Oktober 2021. Manakala semua murid Tingkatan 1, 2, 3,
dan 4 kekal melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan hadir ke sekolah seperti yang dimaklumkan melalui surat
SMKTP.600-2/1/2 (12) bertarikh 27 September 2021.