* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SMK TIARA PERMAI

Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai

No 2A, Jalan 2/18A, Taman Mastiara, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

GURU

Para guru boleh log masuk ke dalam email masing-masing di sini. (Jika sekiranya para guru menghadapi sebarang kesukaran untuk log masuk ke akaun email ataupun menghadapi masalah dan kesukaran teknikal yang lain, para guru bolehlah berhubung dengan En Yan melalui aplikasi "whatsapp" ke 013-2222 526)

TERBITAN

Ruangan ini akan memaparkan dokumen yang boleh dimuat turun oleh para ibu bapa di laman sesawang ini, selaras dengan komitmen pihak SMK Tiara Permai untuk mewujudkan budaya mencintai alam sekitar, menuju ke arah sifar kertas. (Sebarang pertanyaan dan maklumbalas sila layari butang hubungi kami)

PELAJAR (Google Classroom)

Pada 30 Jun 2019 yang lalu, perkhidmatan 1Bestarinet telah ditamatkan. Maka, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan untuk menggunakan pelantar pembelajaran yang baru iaitu Google Classroom sebagai pengganti Frog VLE setelah tamatnya kontrak perkhidmatan 1Bestarinet Fasa 2.

Hebahan Terkini

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) SESI AKADEMIK 2023/2024

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

“Salam SETIARA Sentiasa Juara”

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) SESI AKADEMIK 2023/2024

🏵️Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama  semua ibu bapa/penjaga murid SETIARA semasa Hari Terbuka Akademik pada 15 September 2023. 

🏵️Pihak sekolah memahami situasi ibu bapa/penjaga yang tidak dapat hadir dalam Hari Terbuka Akademik ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyerahkan keputusan PPT dan PBD kepada anak/anak jagaan masing-masing untuk disampaikan kepada YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan juga boleh menyemak keputusan anak/anak jagaan masing-masing melalui pautan https://lookerstudio.google.com/s/sCmQvenCeFg

🏵️Tinggi harapan pihak sekolah agar YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan sentiasa memantau perkembangan pembelajaran anak/anak jagaan masing-masing. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dialu-alukan untuk sentiasa berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran bagi mencari solusi terbaik demi kecemerlangan dan kejayaan anak/anak jagaan masing-masing.

🏵️Bersama-sama kita berganding bahu, selangkah sederap dan seiring sejalan untuk memastikan murid SETIARA menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik.

Yang ikhlas

Pengetua SETIARA

18 September 2023M/2 Rabiulawal 1445H

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes