* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA BAGI MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA BAGI MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Seperti semua sedia maklum bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada dalam
Fasa 2 PPN. Berdasarkan pengumuman dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM, semua murid Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) SMK Tiara Permai memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara
bersemuka tanpa penggiliran mulai 4 Oktober 2021.

Bagi menentukan tahap kesihatan dan keupayaan penjagaan kesihatan kendiri murid,
YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan perlu membuat pengisytiharan kesihatan melalui Borang Akuan
Pengisytiharan Kesihatan Murid Berkeperluan Khas yang dilampirkan. Borang ini telah
diedarkan melalui kumpulan ibu bapa PPKI atau boleh diambil di pondok pengawal
keselamatan. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah
pada atau sebelum 01 Oktober 2021 dengan meletakan dalam kotak yang disediakan
di pondok pengawal keselamatan atau dikemukakan secara dalam talian kepada guru kelas
anak/anak jagaan masing-masing.

YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan boleh memilih untuk tidak menghantar anak/anak jagaan
masing-masing atas faktor keselamatan dan perkara ini perlu dimaklumkan secara rasmi
kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod. Ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu
kesalahan disiplin.

Comments are closed.

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes