PEMAKLUMAN CUTI PENGGAL TIGA PERSEKOLAHAN BAGI KALENDAR AKADEMIK 2022/2023
Dimaklumkan bahawa cuti penggal tiga sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik 2022/2023 ialah dari 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 (22 hari). Sehubungan dengan itu, semua murid akan bercuti selama 22 hari bermula 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022.
Dimaklumkan juga bahawa 02 Januari 2023 (Isnin) merupakan cuti umum. Sehubungan dengan itu, sekolah akan dibuka semula dan semua murid akan kembali bersekolah pada 03 Januari 2023 (Selasa).
PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA CUTI UMUM
Dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 November 2022 melalui sidang media telah mengumumkan 28 November 2022 (Isnin) merupakan cuti umum bagi seluruh negara.
PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM KE-15
Dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 14 November 2022 telah mengumumkan 18 November 2022 dan 19 November 2022 merupakan Hari Pelepasan Am untuk memudahkan urusan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI DEEPAVALI TAHUN 2022
Dimaklumkan bahawa cuti umum bagi sambutan Hari Deepavali tahun 2022 ialah pada 24 Oktober 2022 (Isnin). Manakala tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pada 25 Oktober 2022 dan 26 Oktober 2022.
PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2022 BERSAMAAN 1444 HIJRAH
Dimaklumkan bahawa cuti umum bagi sambutan Maulidur Rasul tahun 2022 ialah pada 9 Oktober 2022 (Ahad) dan cuti umum ini dibawa pada 10 Oktober 2022. Sehubungan dengan itu, sekolah akan bercuti pada 10 Oktober 2022 (Isnin) sempena sambutan Maulidur Rasul dan murid akan kembali semula ke sekolah pada 11 Oktober 2022 (Selasa).
HARI TERBUKA AKADEMIK BIL.1 BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka Akademik Bil.1 bagi Sesi Akademik 2022/2023. Hari Terbuka Akademik ini bertujuan untuk menyerahkan keputusan pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan memaklumkan perkembangan pembelajaran serta sahsiah murid.
PEMAKLUMAN SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Kenyataan Media Semakan Semula Keperluan Pemakaian Pelitup Muka di Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 10 September 2022.