* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) SESI AKADEMIK 2023/2024

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

“Salam SETIARA Sentiasa Juara”

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) SESI AKADEMIK 2023/2024

🏵️Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama  semua ibu bapa/penjaga murid SETIARA semasa Hari Terbuka Akademik pada 15 September 2023. 

🏵️Pihak sekolah memahami situasi ibu bapa/penjaga yang tidak dapat hadir dalam Hari Terbuka Akademik ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyerahkan keputusan PPT dan PBD kepada anak/anak jagaan masing-masing untuk disampaikan kepada YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan juga boleh menyemak keputusan anak/anak jagaan masing-masing melalui pautan https://lookerstudio.google.com/s/sCmQvenCeFg

🏵️Tinggi harapan pihak sekolah agar YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan sentiasa memantau perkembangan pembelajaran anak/anak jagaan masing-masing. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dialu-alukan untuk sentiasa berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran bagi mencari solusi terbaik demi kecemerlangan dan kejayaan anak/anak jagaan masing-masing.

🏵️Bersama-sama kita berganding bahu, selangkah sederap dan seiring sejalan untuk memastikan murid SETIARA menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik.

Yang ikhlas

Pengetua SETIARA

18 September 2023M/2 Rabiulawal 1445H

PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3 SETIARA

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melalui surat JPNWP.900-6/4/2 Jld.68 (57) bertarikh 06 Julai 2023 telah meluluskan permohonan cuti peristiwa pada 24 Julai 2023 sempena Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-3 SETIARA yang diadakan pada 22 Julai 2022 (Sabtu). Sehubungan dengan itu, semua murid dan guru akan bercuti pada 24 Julai 2023 (Isnin) dan akan kembali bersekolah pada 25 Julai 2023 (Selasa).

PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2022/2023

 Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melalui surat JPNWP.900-6/4/2 Jld.67 (69) bertarikh 25 Mei 2023 telah meluluskan permohonan cuti peristiwa pada 12 Jun 2023 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Tahun 2022/2023 yang diadakan pada 10 Jun 2022 (Sabtu).

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes