PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DALAM SITUASI CUACA PANAS ATAUPUN SEBARANG KEADAAN CUACA YANG DI LUAR JANGKAAN DAN LANGKAH MENCEGAH PENULARAN COVID-19
Pihak sekolah merujuk surat siaran dan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan berhubung penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid semasa menghadapi cuaca panas dan jerebu. Pihak KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan dan pencegahan penularan COVID-19.
PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI, CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 SESI AKADEMIK 2023/2024 DAN CUTI UMUM SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA TAHUN 2023
Dimaklumkan bahawa cuti persekolahan pertengahan penggal 1 sesi akademik 2023/2024 bermula 22 April 2023 hingga 30 April 2023. Manakala pada 1 Mei 2023 merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Pekerja.
PEMAKLUMAN AWAL PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI SESI AKADEMIK TAHUN 2023/2024
Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan, aktiviti kokurikulum bagi Sesi Akademik Tahun 2023/2024 akan dilaksanakan bermula dari minggu ke-6 hingga minggu ke-28.
PEMAKLUMAN SISTEM JANJI TEMU DALAM TALIAN KAUNTER SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SENTUL
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Sentul (PPD Sentul) telah memperkenalkan sistem janji temu dengan pelanggan secara dalam talian. Sistem ini diperkenalkan bagi memastikan Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sentul dapat menyantuni setiap pelanggan yang hadir berurusan dengan cekap dan berkesan.
PEMAKLUMAN PEMBELIAN BUKU TULIS DAN KEPERLUAN MURID SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024
Bersama-sama dilampirkan Senarai Buku Tulis dan Keperluan Murid Sesi Persekolahan 2023/2024 untuk perhatian YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan boleh mencetaknya atau mendapatkan senarai ini di pondok keselamatan mulai 21 Februari 2023.