* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

Archive April 3, 2022

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK TIARA PERMAI KALI KE-4

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ Datin/ tuan/ puan dijemput hadir dalam MAT PIBG SMK Tiara Permai kali ke-4 secara dalam talian. Pelaksanaan mesyuarat secara dalam talian ini adalah selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mematuhi Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

PEMAKLUMAN TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH DAN SENARAI KEPERLUAN MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022/2023

Seperti YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan sedia maklum bahawa sesi persekolahan 2022/2023 akan bermula dari 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan pasti sedang merancang untuk pembelian pakaian, peralatan, buku dan keperluan lain untuk anak/anak jagaan masing-masing yang akan melangkah ke tingkatan yang baharu bagi sesi persekolahan 2022/2023.

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

Sehubungan dengan itu, semua murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Tahun 2021 akan meneruskan PdPR pada 22, 23, 24, dan 25 Februari 2022 (Selasa – Jumaat) bagi memastikan kelancaran proses pelaksanaan ujian berkenaan. Kaedah pelaksanaan PdPR adalah mengikut kesesuaian guru dan murid serta menggunakan jadual waktu sedia ada mengikut kelas masing-masing.

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes