* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

Archive September 2, 2022

PEMAKLUMAN CUTI PENGGAL DUA SESI PERSEKOLAHAN BAGI KALENDAR AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa cuti penggal dua sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik 2022/2023 ialah dari 3 September 2022 hingga 11 September 2022. Sehubungan dengan itu, semua murid akan bercuti selama sembilan (9) hari bermula 3 September 2022 hingga 11 September 2022 dan akan kembali bersekolah pada 12 September 2022.

PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2022

Dimaklumkan bahawa cuti umum sempena Hari Raya Aidiladha tahun 2022 ialah pada 10 Julai 2022 (Ahad) dan cuti umum ini dibawa ke 11 Julai 2022 (Isnin). Manakala permohonan cuti peristiwa pada 12 Julai 2022 sempena sambutan perayaan ini telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Sehubungan dengan itu, semua murid akan bercuti pada 11 dan 12 Julai 2022 (Isnin dan Selasa) sempena Hari Raya Aidiladha dan akan kembali bersekolah pada 13 Julai 2022 (Rabu).

PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021/2022

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melalui surat JPNWP.900-6/4/2 (32) bertarikh 26 Mei 2022 telah meluluskan permohonan cuti peristiwa pada 27 Jun 2022 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) Tahun 2021/2022 yang diadakan pada 25 Jun 2022. Sehubungan dengan itu, semua murid akan bercuti pada 27 Jun 2022 (Isnin) dan akan kembali bersekolah pada 28 Jun 2022.

PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI PEKERJA DAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022

Dimaklumkan bahawa cuti umum sempena Hari Pekerja tahun 2022 ialah pada 1 Mei 2022 (Ahad) dan cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri ialah pada 3 Mei dan 4 Mei 2022 (Selasa dan Rabu). Manakala cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pada 5 dan 6 Mei 2022 (Khamis dan Jumaat).

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes