Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salam Sayangi SMK Tiara Permai.

Selamat datang ke portal rasmi SMK Tiara Permai.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat membina dan menghasilkan portal rasmi SMK Tiara Permai. Di samping menggunakan medium media sosial seperti Facebook, kumpulan whatsapp, telegram, portal rasmi merupakan salah satu medium yang cepat dan berkesan untuk pihak sekolah dan juga Jawatankuasa PIBG untuk menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan murid dan ibu bapa atau penjaga.

Sehubungan dengan itu, saya berharap semua pihak khususnya warga guru SMK Tiara Permai, murid-murid, para ibu bapa dan Ahli Jawatankuasa PIBG serta semua pihak yang berkaitan dapat manfaatkan daripada portal rasmi ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua pihak khususnya warga SMK Tiara Permai iaitu guru, murid dan para ibu bapa bersama-sama kita berganding bahu dan melangkah sederap dalam memastikan kecemerlangan murid dan kejayaan sekolah. Murid-murid yang dihasilkan pastinya memenuhi enam aspirasi murid yang dihasratkan selaras dengan pahatan lencana sekolah “Berilmu Berakhlak Berwawasan dan SMKTP akan menerajui kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Akhir kalam, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembinaan portal rasmi SMK Tiara Permai. Saya juga mengalu-alukan sebarang ulasan dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan portal rasmi ini.

Sekian, terima kasih.

Pengetua
SMK Tiara Permai
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur