* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

HEBAHAN

PEMAKLUMAN CUTI PENGGAL TIGA PERSEKOLAHAN BAGI KALENDAR AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa cuti penggal tiga sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik 2022/2023 ialah dari 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022 (22 hari). Sehubungan dengan itu, semua murid akan bercuti selama 22 hari bermula 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022.

Dimaklumkan juga bahawa 02 Januari 2023 (Isnin) merupakan cuti umum. Sehubungan dengan itu, sekolah akan dibuka semula dan semua murid akan kembali bersekolah pada 03 Januari 2023 (Selasa).

PEMAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2022 BERSAMAAN 1444 HIJRAH

Dimaklumkan bahawa cuti umum bagi sambutan Maulidur Rasul tahun 2022 ialah pada 9 Oktober 2022 (Ahad) dan cuti umum ini dibawa pada 10 Oktober 2022. Sehubungan dengan itu, sekolah akan bercuti pada 10 Oktober 2022 (Isnin) sempena sambutan Maulidur Rasul dan murid akan kembali semula ke sekolah pada 11 Oktober 2022 (Selasa).

HARI TERBUKA AKADEMIK BIL.1 BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka Akademik Bil.1 bagi Sesi Akademik 2022/2023. Hari Terbuka Akademik ini bertujuan untuk menyerahkan keputusan pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan memaklumkan perkembangan pembelajaran serta sahsiah murid.

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes