* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

Archive September 18, 2023

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) SESI AKADEMIK 2023/2024

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

“Salam SETIARA Sentiasa Juara”

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) SESI AKADEMIK 2023/2024

🏵️Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama  semua ibu bapa/penjaga murid SETIARA semasa Hari Terbuka Akademik pada 15 September 2023. 

🏵️Pihak sekolah memahami situasi ibu bapa/penjaga yang tidak dapat hadir dalam Hari Terbuka Akademik ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyerahkan keputusan PPT dan PBD kepada anak/anak jagaan masing-masing untuk disampaikan kepada YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan juga boleh menyemak keputusan anak/anak jagaan masing-masing melalui pautan https://lookerstudio.google.com/s/sCmQvenCeFg

🏵️Tinggi harapan pihak sekolah agar YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan sentiasa memantau perkembangan pembelajaran anak/anak jagaan masing-masing. YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dialu-alukan untuk sentiasa berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran bagi mencari solusi terbaik demi kecemerlangan dan kejayaan anak/anak jagaan masing-masing.

🏵️Bersama-sama kita berganding bahu, selangkah sederap dan seiring sejalan untuk memastikan murid SETIARA menjadi Anak yang Baik lagi Cerdik.

Yang ikhlas

Pengetua SETIARA

18 September 2023M/2 Rabiulawal 1445H

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes