* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

Archive September 26, 2022

HARI TERBUKA AKADEMIK BIL.1 BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka Akademik Bil.1 bagi Sesi Akademik 2022/2023. Hari Terbuka Akademik ini bertujuan untuk menyerahkan keputusan pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan memaklumkan perkembangan pembelajaran serta sahsiah murid.

PEMAKLUMAN CUTI PENGGAL DUA SESI PERSEKOLAHAN BAGI KALENDAR AKADEMIK 2022/2023

Dimaklumkan bahawa cuti penggal dua sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik 2022/2023 ialah dari 3 September 2022 hingga 11 September 2022. Sehubungan dengan itu, semua murid akan bercuti selama sembilan (9) hari bermula 3 September 2022 hingga 11 September 2022 dan akan kembali bersekolah pada 12 September 2022.

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes