* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

Archive October 25, 2021

ARAHAN HADIR BERTUGAS SUSULAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DALAM FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan bawah KPM akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA SEKOLAH DALAM FASA 4 PELAN PEMULIHAN NEGARA

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan bahawa bermula 18 Oktober 2021 negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beralih ke Fasa 4 PPN. Pihak KPM melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada 17 Oktober 2021 memaklumkan bahawa murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 akan hadir ke sekolah mulai 1 November 2021. Manakala murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 akan hadir ke sekolah mulai 8 November 2021.

Sehubungan dengan itu, semua murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 SMK Tiara Permai akan hadir ke sekolah secara penggiliran mulai 1 November 2021. Manakala semua murid Tingkatan 1 dan 2 akan hadir ke sekolah secara penggiliran mulai 8 November 2021.

PEMAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN SECARA PENGGILIRAN BAGI MURID TINGKATAN 5 TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan bawah KPM akan dilaksanakan
secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tertakluk kepada
ketetapan KPM berdasarkan penilaian risiko, nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
beralih ke Fasa 3 PPN mulai 1 Oktober 2021. Berdasarkan pengumuman ini dan Garis
Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM, semua
murid Tingkatan 5 akan hadir ke sekolah secara penggiliran mulai 18 Oktober 2021.

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DALAM FASA 3 PELAN PEMULIHAN NEGARA

Seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan bahawa bermula 1 Oktober 2021, negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan beralih ke Fasa 3 PPN. Oleh itu, pengoperasian institusi
pendidikan di WP Kuala Lumpur mengikut ketetapan Fasa 3 PPN akan bermula pada 18 Oktober 2021.

Sehubungan dengan itu, semua murid Tingkatan 5 SMK Tiara Permai akan hadir
ke sekolah secara penggiliran mulai 18 Oktober 2021. Manakala semua murid Tingkatan 1, 2, 3,
dan 4 kekal melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan hadir ke sekolah seperti yang dimaklumkan melalui surat
SMKTP.600-2/1/2 (12) bertarikh 27 September 2021.

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes