* Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Tiara Permai * SETIARA SENTIASA JUARA! *

Archive October 20, 2020

PENANGGUHAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TAHUN 2020 BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur mulai 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 serta larangan rentas antara daerah yang telah dikuat kuasa, pelaksanaan PKSK bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan telah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Mulai 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020, semua sekolah di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup disebabkan oleh arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berikut disertakan surat makluman untuk ibu bapa berkenaaan hal ini.

Proudly powered by WordPress | Fully managed by Darul Tech [M] Sdn Bhd | Theme: SpicePress by SpiceThemes